Orkid Dendrobium

  • Orkid jenis ini merangkumi 1600 spesis yang mana ia datang dengan pelbagai warna. 
  •  Ia perlu ditanam di dalam pasu yang kecil dengan pengairan yang baik.
  • Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak dan 50 hingga 70 peratus kelembapan.
  • Perlu diingat bahawa orkid tidak mempunyai batang yang boleh menyimpan air seperti bunga-bunga atau pokok yang lain. Oleh yang demikian, anda perlu melalukan air menerusi tanahnya sekali seminggu.
  • Berhati-hati agar tidak menyiramnya terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkannya mati.